Create AI Video
Create AI Video

Selamat datang ke program 'Henti Rokok'

CHONG HUA SHAN IPG-Pelajar
2024-03-02 21:06:04
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah:2 kali lebih banyak nikotin,5 kali lebih banyak karbon monoksida,3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.Pada kalangan perokok pasif, yaitu orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok.Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut. Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.Dalam jangka panjang, rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis.Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.Oleh itu, berhentilah merokok untuk diri dan juga keluarga yang anda sayangi.

Related Videos