Create AI Video
Create AI Video

Pembangunan lestari di Malaysia adalah suatu pendekatan pembangunan yang memastikan keperluan semasa dipenuhi tanpa menggugat kemampuan generasi akan datang.

Yily
2024-04-01 22:26:26
Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk mencapai pembangunan lestari. Pertama adalah Dasar Polisi Pemeliharaan Alam Sekitar. Malaysia telah melaksanakan dasar polisi yang menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, adalah Penguatkuasaan Undang-Undang. Pelbagai usaha diperkuatkan untuk memastikan undang-undang berkaitan alam sekitar dipatuhi dengan baik. Ketiga adalah Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui Ini kerana di negara Malaysia sangat menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan tenaga hidro elektrik untuk mengantikan tenaga elektrik.Selain daripada itu adalah Pendidikan Alam Sekitar. Pendedahan tentang kesedaran mengenai alam sekitar ditingkatkan melalui pendidikan dan kesedaran awam.Bukan itu sahaja, kerajaan telah Mewartakan Taman Negara untuk Malaysia mempromosikan kepentingan taman negara sebagai aset alam yang perlu dijaga. Seterusnya adalah meluaskan sektor Ekopelancongan dalam negara. Usaha akan diberikan untuk membangunkan sektor ekopelancongan yang mampan.

Related Videos